HUJAN pada mata ZUBIR Berita Harian

Minta royalti daripada Astro kerana Toi menyanyikan lagu mereka untuk konsert AF.

KETIKA Zubir sedang melepak di sebuah kedai mamak sekitar Shah Alam minggu lalu, sumber Zubir yang juga orang dalaman produksi Astro, menghubungi Zubir, terus melepaskan kemarahannya apabila dia mendakwa kumpulan indie, Hujan kini dah makin besar kepala, sombong tak tentu pasal!Zubir dimaklumkan sumber berkenaan, pihaknya ada menghubungi Hujan meminta kumpulan indie itu membuat persembahan pada malam kemuncak Konsert Akhir Akademi Fantasia 6 (AF6) apabila finalisnya, Toi (Khairul Nizam Baharom) diminta mendendangkan lagu kumpulan berkenaan, Ku Mahu Kau Tahu ketika membuat persembahannya nanti. Hujan akan muncul membuat ‘kezutan’ ketika Toi menyanyi.


“Kau tahu tak Zubir apa dia orang (Hujan) cakap, ‘Berapa ribu lu orang (Astro) nak bayar gua (Hujan)?’.


Tengoklah, dia orang ni dah tak sedar diri, bodoh sombong.Baru ada nama sikit, baru kenal apa itu popular, dah berlagak gaya superstar! Hello, awak tu baru indie group, belum popular macam Search, Wings atau Scorpions!,” dakwa sumber berkenaan.Sebelum ini Toi menerusi konsert mingguan AF6 pernah mendendangkan lagu hujan, Pagi Yang Gelap.“Dulu pun you all (Astro) guna lagu kita orang (Hujan) tak minta izin pun. You all kena bayar kita orang royalti,” begitulah lebih kurang katakata Hujan kepada wakil Astro yang menghubungi mereka.Bagi Zubir, sekiranya benarlah dakwaan sumber dalaman berkenaan terhadap Hujan, ini sudah keterlaluan! Siapa mereka nak bercakap begitu? Pendapat Zubir secara peribadi, kumpulan hujan ini tak sempat belajar undang-undang muzik. Itulah, orang nak buat band, masuk mainstream, mereka pula ikut jalan belakang, join band indie, underground, sebab itu tak tahu apa yang mereka cakap mengenai perjalanan dunia hiburan di Malaysia ini.Tahukah mereka, semua penyanyi dan kumpulan muzik seluruh dunia seperti Michael Jackson, Mariah Carey, Celine Dion, Maroon 5, My Chemical Romance (MCR) dan ramai lagi termasuklah Hujan, royalti akan dipungut secara automatik oleh Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP)!

Jika sesebuah lagu itu hendak diulang rakamannya, baru ia memerlukan keizinan. Namun, sekiranya lagu popular berkenaan sekadar dipersembahkan kepada khalayak ramai, ia tidak memerlukan keizinan daripada penyanyi asal lagu itu. Cukup sekiranya MACP sedia maklum mengenai perkara berkenaan.Justeru, Zubir tak faham kenapa Hujan begitu berani meminta royalti daripada Astro? Jika kumpulan mereka tidak bernaung di bawah payung MACP, bagaimana lagu popular mereka boleh sewenangwenangnya berkumandang di corong stesen radio terkenal? Adakah Hujan menggunakan 'pintu belakang'? Setahu Zubir, setiap lagu yang bakal disiarkan, perlu menjalani proses tapisan dan tersenarai di dalam MACP.Nasihat Zubir kepada kumpulan Hujan, jangan jadi talentet without brain! Menurut sumber yang sama, apabila kumpulan Hujan memberikan kenyataan begitu, pihak Astro terus menggugurkan lagu Ku Mahu Kau Tahu dan menggantikannya dengan lagu dendangan Mawi, Cinta Zulaikha. Justeru, semalam ketika Konsert Akhir AF6, Toi mempersembahkan lagu berkenaan.Kepada mana-mana artis yang baru nak belajar popular dan terkenal itu, janganlah jadi seperti Hujan, nanti buat orang benci saja! Pun begitu, sekiranya Hujan berkecil hati dengan kritikan ini, Zubir minta maaf OK! Anda perlu ingat, kumpulan Hujan berbakat besar, jangan mensia-siakan bakat anda dengan masalah perangai!

Sumber dari http://www.bharian.com.my

HUJAN lawan ASTRO?

TENTUNYA ramai yang menggelengkan kepala apabila membaca cerita kononnya kumpulan Hujan sekarang ini semakin demanding dan banyak songeh. Terbaru, khabarnya Astro naik angin dengan kumpulan yang begitu popular dengan lagu Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada ini apabila mereka dikatakan meminta bayaran ketika stesen televisyen terbabit ingin menggunakan lagu mereka untuk program Akademi Fantasia.

Malah Hujan menerusi vokalisnya Noh juga enggan menerima undangan Astro yang memerlukan khidmatnya untuk menyanyi bersama salah seorang peserta program itu, Toi yang juga sebagai salah satu kejutan untuk program itu. Ekoran kejadian itu, nama Hujan menjadi panas apabila cerita sensasi itu menjadi bahan paparan media.

Apakah Hujan tidak pernah serik dan tidak menjadikan pengalaman sebelum ini sebagai pengajaran. Bukan sekali dua Hujan buat hal malah berkali-kali kerana sebelum ini pun banyak cerita di belakang tabir yang mengatakan mereka sudah besar kepala, perasan bagus serta bermulut celupar.

Pun begitu, tidak adil andai tidak mendengar sendiri cerita dari mulut si empunya diri. Ketika dihubungi Hip dan diajukan persoalan mengenai kontroversi yang berlaku itu, Noh bersedia menjawab setiap pertanyaan tanpa sebarang reaksi negatif. Sambil menyifatkan apa yang berlaku sebagai salah faham, Noh berharap kontroversi itu akan segera diselesaikan dengan aman tanpa melukakan hati mana-mana pihak.

Hip: Khabarnya Astro tidak puas hati dengan Hujan. Boleh terangkan apa sebenarnya yang berlaku antara Hujan dan mereka?
Noh
: Apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham (betul ke salah faham?) antara pihak kami dan juga Astro. Apabila saya baca saja cerita ini di surat khabar memang tidak dinafikan saya terkejut dan rasa terkilan yang amat sangat apabila mereka meletakkan kesalahan itu di bahu Hujan sepenuhnya. Ingin saya jelaskan di sini bahawa apa yang terjadi sebenarnya adalah berpunca daripada orang yang menghubungi saya dari awal lagi. Orang yang menelefon dan mengundang kami itu nyata tidak profesional. Sudahlah tidak memperkenalkan diri, tiba-tiba saja menuduh Hujan tidak mahu memberikan kerjasama dan kononnya meminta bayaran jika mahu menggunakan lagu kami. Dia sepatutnya memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan sebenar dari awal perbualan. Ini tidak, saya ingat dia telefon sekadar untuk mengajak saya buat persembahan gig kerana dari nada perbualannya menunjukkan sedemikian. Mengenai soal bayaran, kami boleh bertolak ansur asalkan dia menyatakan tujuan asalnya menelefon saya (Boleh percaya ke? Bukan ke mintak harga tinggi jika nak perform sorang-sorang). Ini tidak, apabila saya tidak dapat menunaikan permintaannya itu tiba-tiba muncul cerita di akhbar kononnya Hujan sudah mula buat perangai. Paling membuatkan saya marah adalah apabila mereka turut membabitkan soal royalti dan mendakwa kami tidak mendaftar dengan MACP. Sebagai artis saya tahu tanggungjawab kami dan kami memang berdaftar dengan badan itu.

Hip: Kenapa Hujan menolak permintaan mereka?
Noh: Noh menolak permintaan kerana mereka mahukan Noh seorang saja yang beraksi bersama-sama Toi sedangkan pada hakikatnya Noh tidak biasa membuat persembahan tanpa anggota kumpulan lain (Ataupun harga yang ditetapkan tidak memadai?). Malangnya orang yang menelefon saya itu tidak mahu mendengar alasan saya. Lalu berlakulah salah faham dan membuatkan nama Hujan naik sebagai kumpulan yang banyak songeh dan berlagak menurut pandangan mereka.

Hip: Takkan tidak ada jalan penyelesaian untuk meleraikan masalah ini?
Noh
: Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini berlanjutan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah untuk kedua-dua pihak. Cuma apa yang menyebabkan saya kecewa adalah mereka tidak menelefon saya dan bertanyakan perkara sebenar. Sebaliknya mereka lebih rela menggunakan media sebagai tempat untuk meluahkan segala-galanya. Lebih membuatkan kami bengang apabila orang yang tidak tahu menahu perkara sebenar tampil membuat kenyataan melulu. Sudahnya, nama Hujan juga yang mendapat tempiasnya. Terkilan juga hati apabila tidak mendapat ruang untuk menjelaskan perkara sebenar. Tapi tak mengapa. Sejak menceburi industri muzik arus perdana ini kami memang sudah bersedia dengan pelbagai gosip yang ada kala melukakan hati kami. Mahu atau tidak, inilah jalan yang kami pilih dan kami harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Berbalik kepada soal mencari jalan penyelesaian, sejujurnya itulah yang kami harapkan. Kami tidak mahu salahkan sesiapa dalam soal ini. Mungkin dalam hal ini kami ada juga membuat kesilapan (Kesilapan apa ye?). Sebelum ini pun Astro ada memanggil kami untuk bersemuka cuma tak tahu bila pertemuan itu akan berlangsung.

Hip: Hujan tidak takut digam Astro gara-gara kontroversi itu?
Noh: Bagi Hujan rezeki ada di mana-mana. Kalau betul mereka hendak gam kami atas kesalahan itu, kami tak boleh buat apa-apa dan berserah saja. Siapalah Hujan untuk melawan mereka? (Hujan gak tak boleh lawan peminat)

Hip: Sejak dulu hingga kini, nama Hujan tidak pernah lekang dari kontroversi. Pun begitu, ramai yang mengatakan kontroversi yang berlaku semuanya kerana Noh. Komen sikit?
Noh: Tidak dinafikan sebagai vokalis kumpulan Hujan dan juga frontman, pastinya saya yang akan menjadi sasaran jika berlakunya kontroversi membabitkan Hujan. Jadi sebagai jurucakap dan juga merangkap ketua kumpulan sudah pasti jika ada yang cuba menjatuhkan nama kumpulan kami, saya akan cuba mempertahankannya kerana itu adalah sebahagian daripada tugas saya. Mungkin sebab itu mereka lihat asyik Noh saja yang dikaitkan dengan macam-macam masalah. Cuma apa yang saya nak tambah di sini adalah, mungkin ramai yang mendakwa sedemikian kerana mereka tidak mengenali diri saya yang sebenar. Kalau mereka kenal saya sedalam-dalamnya tentu mereka tahu yang saya tidaklah seburuk yang disangkakan (Ramai rakan-rakan yang dah tahu macam mane buruk perangai Noh). Bagaimanapun, seperti yang saya tegaskan tadi, inilah cabaran yang harus saya tempuhi apabila mengambil keputusan untuk memasuki dunia arus perdana. Saya harus bersedia menghadapinya.

Hip: Pengaruh Hujan dalam arus perdana semakin hari semakin kuat. Apakah Hujan masih memerlukan gig seperti zaman sebelum dikenali dulu?
Noh
: Buat masa ini kami perlahankan dulu aktiviti gig ini kerana kami lebih pentingkan soal keselamatan. Seperti yang ramai sedia maklum, kalau show gig biasanya soal keselamatan tidak diambil kira. Jadi Hujan lebih senang menumpukan persembahan biasa kerana ia lebih teratur dari segi pengurusannya terutama soal keselamatan artis yang membuat persembahan. Jika sebelum ini ada yang mempertikaikan tindakan Hujan kerana enggan terikat dengan mana-mana label, di sini saya ingin memaklumkan bahawa Hujan sudah pun menandatangani kontrak pengedaran album dengan syarikat rakaman FMC (Mana pegangan Hujan?). Kami sudah pun selesai merakamkan album kami yang ketiga dan tunggu masa untuk diedarkan. Paling lewat pun pada penghujung bulan ini. Kami hanya menandatangani dari segi pengedaran saja. Album ini pula diterbitkan oleh syarikat saya sendiri iaitu Noh Phrofiles Enterprise. Dalam album ini ia turut mengandungi lagu dari album pertama dan kedua kami. Jadi mana-mana yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan album itu bolehlah mendengarnya menerusi album ketiga kami ini.
Oleh Farihad Shalla Mahmud

Powered by Berita Harian
HALAU HUJAN : Dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Tapi, apa boleh buat. Tuan badan punya suara, kita boleh dengar sahaja.

3RD Poster Is Coming


Yeah... Setelah memerah idea, ini hasilnya....
HALAU dia dari HUJAN...

2ND Poster Dah Keluar

perlu HALAU ini HUJAN

HUJAN di HALAU... From Jay Bee Rawkcity Story


Satu Malaysia tengah meletup pasal Hujan DiFUCK oleh Crowd di City Plaza JB aritu. Mengapa..?? Kenapa?? Apa yang terjadi?? Bagaimana benda ni terjadi lah yang HALAU HUJAN nak terangkan kat sini. Ni adalah satu BLOG yang lebeh bersifat pandangan tentang BAND HUJAN. So kesahihan cerita ni terpulang kepada pembaca membuat kesimpulan sendiri. Bagi HALAU HUJAN, ia adalah sesuatu yang tak patut BAND HUJAN buat pada peminatnya. Peminat yang menaikkan nama artis, tanpa peminat siapalah HUJAN.


Sebenarnya cerita ni dah lama dah. Cume benda ni bermula kat Skudai, Jay Bee Rawkcity Di Digital D Studio. Ade satu gig yang telah membawa HUJAN ke sana. Memang crowd masa tu tak terkata, sampai penuh dengan orang kat dalam studio. Mula-mula memang takde apa-apa. So Kugiran HUJAN terpaksa buat unpluged gig kat bawah studio tu, just nak puaskan semua yang hadir sebab ada yang tak dapat masuk. Peminat HUJAN ni bertungkus lumus untuk menaikan nama BAND HUJAN sebelum and selepas mereka popular ni. And Tp, BAND HUJAN tak nampak golongan peminatnya yang tu tetapi mereka menganggap mereka yang keluarkan titik peluh mereka untuk naikkan nama BAND HUJAN. Sekali lagi HALAU HUJAN nak bagitau, tanpa peminat siapalah mereka. HUJAN juga telah menjolok sarang tembuan dengan isu "Gay & Homo". Silap besar kat situ. Kenapa nak timbulkan isu-isu macam tu sedangkan peminat dia tu bukan dia tahu pon macam mane. Memang macam tu la bila orang dah disanjung, lupa ngan orang dibawah.


Orang kata 'mulut tempayan besar macam mana pon tetap boleh tutup, tapi kalau mulut manusia takkan dapat tutup'. Memang khas peribahasa tu untuk Noh. 'Makan boleh sebarang makan, cakap jangan suka hati'. Ada diantara peminat yang tersinggung bila Noh bagitau yang die taknak ambil gambar dengan peminat perempuan yang tak lawa dan gemuk. Satu lagi, die terlebih sangat makan HALAU HUJAN rasa bila Noh dengan selamber je cakap "F*CK JB" bila abis buat show kat Skudai tu sebab die balas balik kat segelintir crowd yang memang ANTI-HUJAN dari awal BAND HUJAN ni ditubuhkan. Bila crowd yang takde kena mengena pun kena f*ck (Mereka menganggap Noh f*ck pada semua budak JB), mereka berpakat untuk balas balik.


Tibalah masa yang ditunggu kat Indie Noise Fest kat JB. Dianggarkan hampir 90% crowd (Jumlah crowd dianggarkan 1,000 orang oleh organiser) termasuk pompuan dan budak-budak kecil terus F*CK HUJAN dan mengherdik mereka. Mereka kena boo dan ade jugak yang lantang bersuara, suruh HUJAN balik KL (HALAU HUJAN). Nanyian lagu pertama mereka, crowd masih lagi bernyanyi bersama tetap sudah mula menunjukkan jari tengah ke arah BAND HUJAN. Tak sempat nak mula lagu kedua, Noh dah mengambil keputusan yang dieorang taknak teruskan. Dan terus keluar dari pentas.


Sekarang ramai yang telah mengatakan bahawa HUJAN tidak mengikut moto mereka sendiri, "kami terus main muzik..kami tak hirau..". Untuk HUJAN, bila mereka berhenti menyanyi seolah-olah dia tak pegang pada kata-kata mereka. Sebagai satu Kugiran yang Profesional lagi-lagi yang sepenuh masa bermusik ni, HUJAN sepatutnyer, perlu lakukan apa yang perlu dilakukan. Mereka bukannya tidak dibayar. Bukan murah harga mereka ni pun jika dibandingkan dengan Indie act yang lain. Mengikut organiser GIG pulak, harga HUJAN yang selalunya bermula dalam lingkungan 2-3 K, tetapi sekarang sudah menjangkau 5-6K. Dengan harga camni, HUJAN telah membuat diri mereka terlalu di atas.


Lagi satu, mereka ni tidak berpijak di bumi yang nyata. Mungkin mereka terlalu BANGGA dengan diri mereka sendiri tanpa memikirkan peminat. Mereka lupa mereka lahir dari GIG-GIG. Maka, peminatlah sumber yang berharga. Tapi, bila sudah di atas. Peminat diketepikan. Biar apa gaya pon peminat itu, biar apa pon pandangan dan persepsi terhadap peminat itu, itu tetap peminat.


Jadi, renungkanlah. Kita diberi akal dan fikiran untuk menetukan yang mana baik dan yang mana buruk. So, buatlah yang terbaik untuk diri anda dan persekitaran anda.



Ribuan terima kasih diucapkan kepada TALK! kerana cerita ini diolah berdasarkan cerita seorang teman yang berkait rapat dengan blog beliau.


http://www.myspace.com/talkcrapcrap

POSTER Terbaru Dari HALAU HUJAN



POSTER terbaru dari HALAU HUJAN untuk mereka yang ingin HALAU HUJAN...

Harap korang suka...

Hujan... Oh, Hujan

Aku bukanlah seorang TOK BOMOH yang boleh menghalau segala jenis HUJAN termasuklah jenis-jenis HUJAN yang SOMBONG, BONGKAK, BANGGA DIRI, RIAK dan HIDUNG TINGGI. Tetapi tahu bagaimana hendak menangani HUJAN-HUJAN yang seperti itu. Kita berdoa supaya hujan diturunkan untuk menyuburkan segala hasil tanaman yang kita TANAM, yang kita BAJA dan yang kita JAGA. Tapi, HUJAN juga yang akan membuatkan kita SEDAR, bahawa ia boleh mendatangkan BAHANA dan BENCANA. Banjir kilat adalah satu BAHANA dan BENCANA yang datangnya dari HUJAN untuk mengingatkan manusia supaya jangan SOMBONG, BONGKAK, BANGGA DIRI, RIAK dan HIDUNG TINGGI. Mungkin HUJAN lupa bahawa kita yang berdoa untuk YANG ESA turunkan HUJA untuk kita. Dan kita boleh meminta YANG ESA untuk menghentikan HUJAN. Mungkin HUJAN tak tahu. Atau mungkin HUJAN buat-buat tak tahu. Jaid, mari kita kasi tahu.

Puh Kanan, Puh Kiri, Biar Hujan, Cepat Lari...